Saturday, June 25, 2016

Assalamualaikum.
Hai.
Masa before aku nak masuk Kmpk dulu, aku pun search blog juga. Nak tengok keadaaan bilik hostel Kmpk ni macamana. Search dekat YouTube semualah. Cerita dia memang aku ni Beria macam korang yg tgah baca ni jugaklah haha.

Ada persoalan yang terjawab. Dan ada yang memang tak terjwab.

K dekat sini ada la pesanan aku nak bagi sikit dekat pelajar baru yg akan masuk nanti.

Kmpk. Nama pun kolej matrikulasi kan. Setaraf dengan uni lain la kiranya. Walaupun kau tak dipanggil budak u tapi still setaraf. So kalau dah taraf budak u, perangai kenalah matang kan. Aku Jenis bukan anak manja yg suka membanding dan komplen macam-2 sebab sesuatu benda tu tak sama dengan apa yg dah di provide siap-2 dekat rumah. Atau asrama lama. And on that way lah, aku bina kekuatan diri untuk terus hidup dekat sini . Kalau semua benda nak complain, baik duduk rumah. Hang nak berak lama lama ke nak air cond or tandas yang bersih perfect, semua ada. Tersedia lengkap. Makan pun mak ayah tanggung.

1. Makanan

Kalau dekat sini, makan memang kena berdikari sendiri. Pergi turun beli dekat kafe. Macam-2 ada. Dekat sini sampai 5 kafe tersdia Untuk kau. Various types of food kau boleh pilih. Takat ni aku rasa Makanan yg aku mampu afford utk buka puasa dekat sini cuma. Nasi plus ayam kuah sikit sambal belacan wajib. Dan tambah sayur sikit. Baru 3.20 ringgit. Tu kat kafe yg aku biasa beli. Kena pandai pilih kafe la cerita dia. Tapi tak perlu la smpai nak food hunting dekat semua kafe. Tanya kawan yg pergi selain tmpat yg kau pergi tu cukupla. Bukan apa. Aku cuma nak ajar Cara save money. Sebab first day aku masuk sini aku beli Makanan dia nasi plus ayam dengan kuah sikit. Sampai 5 ringgit. Kau rasa? Mak aku pun terkejut kau tau. Dia taktahu la macaman aku nak survive dengan Makanan dekat sini hahhaah lawakla . Makcik tu tersilap Kira kot. Kita positive je okay?

2. Air

Makanan so far so good lah dekat sini. sedap pun sedap. Kalau pasal air, benda paling pening. Hm yang tu ada disediakan mesin air yang bila kau masuk sekupang dua tu, berapa litre air dia keluar. so kena prepare suit syiling lama banyak-2. Bagi yang cepat dehydrated. Duit syiling baru dia tak terima okay. Haa kau. Mesin pun memilih.

K rasanya tu je kot basic needs yang perlu utk kome hidup kan. Makanan air hostel semua ada cukuplah tu.

3. Study lamp

Haa lupa nak pesan. Study lamp tak payah beli bagi yang takde tu . Sebab dekat sini dah ada provide lampu pendarflour yang bila-2 pun korang boleh on kalau nak guna untuk study ke nak makan ke kat meja belajar korang. Tu terpulang. The lamp is yours. Lampu utama je yang wajib light off setiap kali pukul 11 Malam.

4. Roommate

Setiap bilik pulak ada 4 orang. Ha pandai pandailah adapt dengan perangai masing-2. Kau ada perangai pelik kau. Dia ada perangai pelik dia. So janganlah benci sesiapa sahaja. Because what you give you get back. Apa yang kau buat akan reflect balik dekat diri kau. So no wonder lah kalau semua kawan kau tiba tiba taknak kawan dengan kau bila kau pinggirkan seseorang. Dan dan dan JANGAN sesekali pandang rendah dekat orang okay.

Okay sekian. Haha taktahu nak cakap apa dah.
Assalamualaikum